Monday, February 25, 2008

Fathul Makkah

Fathul Makkah

Sebab berlakunya penaklukan Kota Makkah

Dalam Perjanjian Hudaibiah telah dipersetujui bahawa sesiapa sahaja dibolehkan bersahabat dengan Rasulullah S.A.W atau kaum Quraisy. Oleh itu Bani Khuza’ah telah bergabung dengan kaum Quraisy.

Menurut sejarah, ke dua-dua suku ini tlah lama bermusuh-musuhan. Dalam kesempatan ini, Bani Bakar ingin membalas dendam terhadap suku Khuza,ah. Dalam hal ini kaum kafir Quraisy telah menolong Bani Bakar membunuh beberapa orang daripada Bani Khuza’ah.

Apabila peristiwa ini berlaku bermakna mereka telah melanggar salah satu daripada isi perjanjian Hudaibiah. Setelah mengetahui berita itu, Rasulullah S.A.W menghantar wakil kepada kaum Quraisy untuk memberi tiga pilihan iaitu :

Orang-orang Quraisy mesti membayar ganti rugi kepada Bani Khuza’ah.
Orang-orang Quraisy mesti memutuskan hubungan dengan Bani Bakar
Perjanjian Hudaibiah dibatalkan.