Tuesday, April 15, 2008

PERANG HAMRA' AL-ASAD

Peperangan Hamra’ Al-Asad adalah rentetan daripada peperangan uhud. Pada malam ahad iaitu 8 syawal tahun ke3 hijrak, selepas kembalinya mereka dari medan uhud, orang islam di Madinah berada dalam keadaan berjaga-jaga.pada malam itu Rasulullah memikirkan kedudukan seterusnya. Baginda sangat bimbang kalau-kalu tentera musyrikin terfikir bahawa mereka tidak mendapat sedikit faedah pun dari kemenangan tersebut yang dapat di kaut dalam medan peperangan. Kalau itu yang mereka fikirkan, maka mereka akan berpatah balik untuk melancarkan serangan ke atas Kota Madinah sekali lagi. Lantaran itu baginda mengambil keputusan untuk melancarkan operasi mengusir tentera Mekkah.

Rasulullah menyeru orang ramai dan mengobarkan semangat mereka untuk keluar menjejaki musuh iaitu pada pagi esok nya. Tentera-tentera islam menyahut ajakan Rasulullah walaupun mereka mereka sedang menahan luka yang perit serta kebimbangan yang semakin mendalam. Maka berangkat lah mereka sehingga sampai ke suatu tempat bernama HAMRA’ AL-ASAD iaitu sejauh lapan batu dari Madinah. Dan di situlah mereka bermarkas.

Di situlah datangnya Ma’bad bin Abi Ma’bad Al-Khuza’iy lantas mengisytiharkan pengislamannya. Lantaran itu Rasulullah menyuruhnya menjejaki tentera Musyrikin Mekkah.

Ternyata apa yang menjadi kebimbangan rasulullah adalah benar. Tentera Musyrikin benar-benar berpatah balik. Setibanya tentera Musyrikin Mekkah di A-Rawha iaitu 36 batu daripada Madinah Ma’bad pun sampai. Sedangkan Abu Sufyan tidak mengetahui akan pengislamannya. Lalu bertanya abu sufyan kepada Ma’bad: wahai Ma’bad apakah di belakangmu? Dengan tercungap-cungap seakan di kejar, ma’bad menjawab: Muhammad dan sahabatnya telah keluar memburu mu. Mereka berdendam akan pasukan kamu. Aku tidak pernah melihat semangat mereka memebuak-buak seperti tu.

Maka ketika itu, runtuhlah semangat tentera Musyrikin Mekkah, mereka mula rasa kecut dan takut lalu terbatallah niat mereka yang ingin menyerang kembali ke Kota Madinah lalu mereka kembali ke Mekkah.

Kesimpulan:
Tiada berlakunya pertempuran pada peperangan ini. Tindakan rasulullah pada ketika ini hanyalah semata ingin melancarkan operasi mengusir tentera Musyrikin Mekkah daripada menyerang kembali Kota Madinah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.. JAGAN LUPA COMMENT SEKALI YE....
SEMOGA JASA BAIK ANDA DALAM MEMBANTU TEMAN AKAN DI BERKATI ILAHI..AMIN..